f The Site Of Love
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 An Awesome Friend :)
2012 merupakan tahun dimana aku telah menjadi seseorang yang lebih matang berbanding tahun 2011 . Tapi sayangnya pelajaran aku merosot . Disebabkan itu , aku terpaksa bertukar dari kelas K2 ke K3 . Sedih tu memang sedih . Berpisah dengan Naj & Jieb . My lovely besties . Tapi yeah , salah aku sendiri . Siapa suruh aku takmau belajar sungguh sungguh . And know , aku dah pun menjadi warga 2K3 bagi sesi 2012 :') Hm enjoy la jugak sebab ada my gomoi omey omey , Fanisha & Aleen . Kira okay la sebab aku tak kaku walaupun berada di kelas baru dan bersama beberapa orang kawan baru . Aku ni jenis sombong sikit and sangat suka judge orang tanpa usul periksa . Lebih kepada mengumpat lah . Perempuan mana yang tak suka mengumpat kan ? -.- Hm , disebabkan Aleen & Fanishaa ada kawan lain dalam kelas tuh such as Liaa , Aleesha , Bean & Baria so depa dua orang macam tak berapa nak lawan aku sangat tahun ni . Yeah , kecik jugak la hati ni . Tapi its okay sebab ada Haziqah , kawan sekelas masa form one . So boleh lah aku sembang , kutuk , gelak , nangis , marah semuanya dengan Haziqah . One day kat sekolah , aku duduk bersebelahan dengan Haziqah masa awal tahun . So lebih senang lah kami nak mengumpat . And now , time for sesi bertemu ramah antara guru dan pelajar . Biasalah awal tahun kan ? Hm serious macam budak budak k ? Then masuk la seorang guru bertudung labuh , berkaca mata , berbadan gempal dan berwajah bulat masuk ke kelas 2K3 . Beliau mengajar matapelajaran Pendidikan Islam . Beliau ialah Puan Paziah binti Saad . Before start introducing ourself , Puan Paziah check kelas 2K3 ni bersih ka dak . And yeah , kotor sangat katanya lah . And she asked all members of 2K3 untuk bersihkan kelas dalam masa 30minits . Gila apa bersihkan kelas yang bukan milik kami sebelum ni dalam masa 30minits ja ? Erghh . Naik hantu aku ! Tapi yelah , awal tahun kan , mesti semua muka baik macam Juliana Evans , padahal perangai sebenar elok banyak pada Neelofa -.- So kay lah , kami semua kemas barang , buang habuk , sapu lantai semua then tiba tiba Puan Paziah hingaq . Aku dengan Haziqah macam pelik ah kes pa cikgu ni hingaq tak pasai ja . Rupanya ada dua orang budak asrama ni tidoq dalam kelas . Maisarah & Najwa . Maisarah tu aku kenai sebab dia rumah sukan Teratai sekali dengan aku . So aku biasa ja la dengan . Mai tang Najwa ni , aku macam ergh menyemak tengok muka dia . Tau kenapa aku meluat dia ? Ya lah , dia kan tidur dalam kelas , so that untuk menghilangkan rasa mengantuk dia tuh , dia ambik air yang dalam bekal botol dia , dia tuang ke lantai then basuh muka -.- tersangatlah annoying okay . Time tuh dalam kepala hotak aku , aku dah set aku taknak kawan dengan budak Najwa tuh sebab aku tak kenal dia lah apa lah . Everyday ke sekolah , nampak ja dia , aku dengan Haziqah confirm akan kutuk dia habis-habisan . Kami dua akan kutuk dia macam dia lah paling jahat dalam sekolah tuh , padahal dia tak jahat pun . Ye lah mana lah aku kenal dia sapa kan . Begitulah hari hari berikutnya . Its about , half of month dah kami belajar kat sekolah apa semua tuh , its time untuk tukar kedudukan dalam kelas . So okay , pilih pasangan mana nak , ketua keceriaan tolong susun and so on lah . And guess what ? Najwa tu duduk depan aku -.- Its so annoying . Dalam hati ni , aku nak ja tukar tempat dengan orang lain daripada hadap muka dia . Tapi nasib baiklah aku duduk bersebelahan dengan Aleen , my awesome joker :) So takpa lah . Aku lupakan hasrat nak tukar tempat . Its about a week duduk belakang dia . Tahu apa ? She's so funny ! Sangat awesome okay ! Dia ni pandai ambik hati orang :') Wah , aku suka dia ! Hahaha , menyesal aku benci dia before ni . Tak sangka pulak yang dia ni actually baik . Hm , betullah kan pepatah inggeris ada cakap "dont jugde a book by its cover" :) Awesome ah . Ish taktau ah nak describe macam mana pasai dia . Dia ni great ah . Dia pandai buat orang benci dia , on the same time dia pandai buat orang suka dia . Hebat kan ? Start from February 2012 , aku makin lama makin rapat dengan dia . Okay lah , dia kutuk , kutuk jugak . Tapi seorang yang berhati mulia . Jujur cakap , kalau aku duduk dengan dia , kotak ketawa aku boleh pecah paa . Mana dak nya , tau gelak tak berhenti . Best weh kawan dengan dia . She's a very good friend . Dia ni bukan talam bermuka - muka . Dia ni jujur dalam persahabatan . Seronokkan dapat kawan macam dia ? Aku rasa batch Form2 SMKSB , King Of Sleep Najwa Naim :D Yalaa , boleh kata setiap waktu yang ada cikgu ka takdak cikgu ka , kalau Najwa takdak kerja nak buat atau dia letih , automatically dia akan tidoq :') Haha , ada sehari tuh cikgu apa tah denda dia berdiri sebab dia tidur . Tapi , punya king of sleep si Najwa ni , dia boleh tidur sambil berdiri ?! Hampa bayangkanlah macam mana rupa dia time tuh . Hahaa ! Najwa ni minda dia laju oh . Dia ni boleh jadi komposer yang awesome . Tapi tak awesome sangat kot . Takkat lirik mengarod yang funny tu boleh ah :') Orang tua tua dah cakap , orang yang kita sayang , lama lama kita akan benci . Orang yang kita benci , lama lama kita akan sayang . Dulu aku benci Najwa , sekarang aku sayang Najwa :') Najwa ni cerdik , bagus , pandai tapi dia kelolo . Tau kelolo ? Lebih kepada main main ah . Tapi semain main dia pun , at least dia dapat number ataih pada aku . Terang terang aku bodoh kan ? -.- Haihh , baru ni masa cuti dua minggu kot kalau tak silap , Najwa accident . Dia masuk hospital . Lama jugak ah dia takmai sekolah . Kelas 2K3 sunyi gila kot . Tiada gelak tawa , tiada kata cacian daripada Najwa :'| Kelas 2K3 takkan awesome tanpa kehadiran Nurul Najwa binti Mohd Naim ! <3

26 Jun 2012
Pada hari ini , segala-galanya berubah . Macam biasa lah , aku bangun pagi , aku mandi , aku siap & hadir ke sekolah . Aku letak beg aku , aku buat perkara yang selalu aku buat which is bersembang . And now tiba masanya untuk warga SMKSB membaca bacaan surah pilihan . After dah selesai semua , tiba masanya perhimpunan dini . Najwa macam biasa lah , nyanyi lagu negaraku dengan penuh bangganya pada pagi tuh . Kami semua happy macam biasa . Sembang sana sini , hingaq tuh hingaq nih . Macam macam lah yang kami buat haritu . Pagi tu belajar macam biasa . Kami semua sama sama tongkat mata lah pagi tuh . Masuk pukul 9.40 a. m , cikgu matapelajaran kami yang seterusnya masuk dalam kelas . Cikgu tu bernama Akmar , so she's Akmar lah . Aku taktau la mimpi apa cikgu Akmar , tiba tiba ja takmau mengajar . Whatever lah , dia tak mengajar lagi bagoih . Kami semua memanfaatkan waktu yang tidak ajar itu dengan sesuatu yang takdak motif pun aku rasa . Tengah rancak buat hingaq , tiba tiba mai lah dua orang kakak pengawas ni . Depa cari Najwa . Tadak benda pelik yang belaku lagi time tuh . Okay takpa , Najwa follow kak dua orang tuh . Kami sambung hingaq balik . Pastu kak dua orang tu mai balik kat kelas kami , depa tanya mana meja Najwa , kami semua pakat tunjuk ah . Then , dua dua orang kak tuh kemas habis semua barang Najwa . Teruih satu kelaih huru hara . Pakat pelik ah pasepa kak tuh buat macam tuh . Kami tanya lah , kak tuh jawab taktau . Depa kata depa just ikut apa yang cikgu suruh . Lepas rehat lah rasanya , Najwa dah masuk kelas balik . Aku tanya dia kenapa cikgu panggil . First tuh dia takmau jawab , aku tekan lagi suruh dia mengaku . Dia kata tadak apa . Aku pun malas lah nak paksa dia . Aku let it go .

27 Jun 2012
Everything normal . Nothing happen . Tiba ja waktu P&P start , ada satu announcement from Puan Sharifah Suharny bt Syed Sheikh , which is PK HEM . Announcement tu ada sebut nama Najwa .  PK Hem buat annoucement suruh Najwa pi bilik PK HEM dengan kadar yang segera . Kami semua pakat pelik sangat . Kenapa dengan Najwa sebenarnya . Ada apa ? Kenapa ? Dia buat apa ? Sapa sakit ? Macam macam ah persoalan yang hadir tanpa undangan dalam kepala otak aku . Ada yang kata maybe ada kematian , ada jugak yang kata maybe sebab dia meniaga , ada pihak lain pulak kata katil asrama dia tak kemas . Pelik dak ? Semua jawapan tu macam tak logik sangat . Its okay . Aku nak jawapan yang sure 100% betul dari mulut Najwa sendiri . After rehat , ada subjek Math . Hm , again aku kena tongkat kelopak mata aku ni supaya tegak berdiri . Mengantok k time Math -.-" Hm , masa math ni Najwa ada . Okay takpa . Happy semua la dengan Najwa . Masa math jugak , Teacher Ung pecahkan kami semua dalam beberapa kumpulan and buat latihan . Takpalah , aku tak satu group dengan Najwa tapi Najwa masuk group belakang aku . Pap ! Dah tepat pukul 12.40 pm . Waktu math done . Ohyeah ! Mata yang tadi mengantok tiba tiba segar terus . Semua pakat balik tempat masing masing . Aku tengah simpan buku Math dalam beg . Tiba tiba Anizah , which sitting next to me in class , dia bisik kat aku . Dia cakap "Syasya , Najwa cakap esok dia last kat sekolah ni" Aku dengar ja Anizah cakap macam tuh . Seriously terkejut sangat sangat . Aku donggak kepala , aku usha rapat muka Najwa . Then air mata keluar very slowly . Najwa senyum . Erghhh ! Sedih sangat hati ni . Najwa jalan mai kat aku , Najwa cakap "Sya , aku mintak maaf kalau ada buat salah dekat hang . Jangan teriyak weh" Aku sebak gila . Aku tutup muka dengan tangan , and start crying :'( Pastu , semua pakat tanya kenapa aku nangih . I just keep smiling with tears :') Aku takmau cakap . Aku nak Najwa cakap sendiri dekat orang lain . Actually , aku takboleh cakap . Sebak k sebak ? Then , satu kelas pakat tau habeh . Ramai yang menangis . See , Najwa ? Kami semua sayangkan hang sangat sangat ! Untuk menceriakan suasana , Najwa make some jokes :'( Tapi sorry Najwa , jokes hang kalini tak menjadi pada aku . Aku takboleh nak gelak . Aku sedih ! Members 2K3 semua spend time dengan Najwa kat belakang . Aku tak follow . Better aku layan perasaan alone by myself and finish up my homework . Settle problem .

28 Jun 2012
Harini pelik sangat ! Selalunya mama aku yang akan gerak aku pagi pagi untuk mandi and siap ke sekolah . But , today baba aku yang ambil tugas mama . Aku tengah tidur dengan nyenyak , tiba tiba baba gerak . Aku pun ingat dah lewat sangat . Aku bangun lah dekat kalut kalut , aku masuk bilik , capai tuala . Aku tekan button menu kat phone , aku tengok jam . Puihh baru pukul 5.46am. Serious pelik gila . Its okay . I'm just let it go . Aku buat relaks , slow slow . Pastu aku baru teringat yang baju sekolah tak gosok lagi . Tapi aku buat tak kisah sebab still awal lagi . Masuk bilik air , mandi mandi mandi mandi , sudah . Aku pulas tombol pintu , then keluar . Masuk bilik , and guess what ?! Baju sekolah dah siap di gosok . Pehhh ! Aku cari mama . Then aku ucap thanks . Mama tanya kenapa , aku cakap sebab tolong gosok baju . Then mama kata , baba yang gosok o_O Errr , pelik . Hm , takpalah . Aku siap semua . Dah wangi dah . Aku pakai stokin . Aku galas beg  , bukak pintu then keluar . Hm , baba dah ada dalam kereta . And dia dah start enjin . Whatever lah . Aku masuk jala . Pukul 7.03 dah bertolak ke sekolah . Selalu 7.18 baru baba start enjin kereta . Haih , pelik pelik . Cehh , dalam hati syok ah sebab pi awai . Sampai sekolah , aku jalan pi kelas . Elok nak sampai kelas , aku nampak kawan kawan aku dok berumun dengan Najwa . Dalam hati aku tak sedap dah . Tiba tiba , Haziqah tahan aku . Haziqah cakap "Najwa nak balik dah" Without say any word , aku jalan ke arah Najwa , tapi Haziqah cakap lagi , "Sat weh . Najwa kata pukul 9 dia mai balik . Nak ambik surat" And air mata aku turun lagi . Semua pakat weh jangan lah nangis . Then aku dengar Najwa kata "Syasya , jangan buat mata macam tuh . Lain tadak nak teriyak lah tuh" Tapi aku buat pekak . Aku takboleh tengok muka dia . Aku nangis non-stop . Aku masuk kelas . Aku usha tempat duduk Najwa . Aku nangis lagi . Bila start ja perhimpunan dini , lagi lah sedih . Time lagu negaraku :'( Selalunya ada Najwa . Happy ah sikit . Pukul 8 lebih , Najwa mai balik . Kami semua pakat menangis . Sangat sedih ! Bayangkanlah , kawan yang hampa sayang , pergi tinggalkan hampa ?! :'( The moment when Najwa hug me . Aku rindu Najwa ! Najwa cakap dia sayang aku masa dia peluk aku :') Aku sayang hang lagi banyak Najwa ! And now , times up . Najwa pi ikut mama dia balik . Kami semua move to Makmal Sains and continue belajar . Masa dalam bilik sains , aku letak kepala aku atas bahu Haziqah , and start crying . Tiba tiba , Farrah masuk and cakap "Hampa takmau pi bye bye Najwa ka ? Dia nak balik dah" Aku terus keluar tanpa minta izin cikgu . First tu aku jalan , sebab ingat dia ada lagi . Tapi after nampak mak dia dah naik motor , aku terus lagi and jerit "NAJWAAAAAAAAAAA !" Najwa turun from teksi , dia peluk aku and again dia cakap dia sayang aku and dia takmau aku sedih dah :') I'll try demi hang , Najwa . Najwa masuk dalam teksi , and teksi jalan . What can i do ? Just angkat tangan and lambai :')

Hope hang happy kat sekolah baru , Najwa . Jangan lupa kami kat sini tau ? Aku sayangkan hang sayang sangat sangat Najwa . Sunyi tau dak takdak hang ?! Dulu bila cikgu mengajar , mesti ada ja suara hang menyampuk . Dulu hang suka jalan kat lecah , then lompat bagi lecah tu mercik kena aku . Dulu masa rehat hang selalu cucuk perut aku kat kantin . Dulu hang selalu buat lawak bodoh dalam kelas . Dulu hang suka nyanyi lagu Negaraku kuat kuat . Dulu hang suka cerita pasai parents hang . Dulu hang suka cerita masa hang kecik kecik . Dulu aku selalu ejek hang "Ket" . Dulu hang suka jual macam macam dalam kelas . Dulu 2K3 adalah King Of Laugh . Tapi sekarang semuanya berubah :'( Without hang Najwa , semua tu hilang . Aku rindu keropok moni hang , aku rindu kuih sepit hang , aku rindu nak dengar hang cakap point & bodoh taik :')
Aku rindu nak tengok hang makan aiskrim 3 batang sekali gus . Aku rindu nak tengok hang makan aiskrim Moo . Aku rindu hang , Nurul Najwa binti Mohd Naim :') I love you and I really meant it ! Terima kasih sebab semalam mesej aku . Aku sebak mesej dengan hang ! Aku takkan lupa tarikh 27 Disember & 28 Jun 2012 :') Kedua dua tarikh tu ada kena mengena dengan hang and sangat bermakna untuk aku :') Me miss you

MEMORY WITH NURUL NAJWA MOHD NAIM



Aku akan rindu KeropokMoni & Kuih Sepit hang :')

I'll will remember this sentence "Dah jangan nangis . Nanti habis tisu . Kesian mak hang beli"

THIS IS FOR YOU , NAJWA NAIM ! :')
"An Awesome Friend :)" was Posted On: Friday 29 June 2012 @05:27 | 0 lovely comments

« Older posts | Newer posts»

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ