f The Site Of Love
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 Exam is Over . Lets Party !
Put your hands up ! Put your hands up ! Put put put put your hands up ! Hahaha , lagu Hands Up - 2PM memang feeling gila habeh la time time macam ni ! Fuhh , aku bebas sekarang ! Tapi , sekarang ni dah tak best balik . Sebab berakhirnya exam , maka aku kena duduk sebelah Anizah balik :( Aku takmau ! Dia cakap banyak . Pot pet pot pet non stop ! Benci betul ! Tapi hm dia cerdik pada aku . Ada baiknya dia duduk sebelah aku . Haih entahlah . Malas nak fikir pasal tu sekarang . Now , aku nak enjoy ! Nak aku story masa exam dulu or nak aku story destinasi aku nak pi masa cuti ? Dua dua takmau ? Tekan ja CTRL+W , habeh cerita okay ? Haha , takpalah . Let me start with what happened during my midyear exam :) Bismillahirahmanirahim !

Sekolah aku start exam dari hari rabu lagi . Ha'ah , on the same day dengan Hari Guru tuh lah . Tapi nasib baik PJ ja . Hm PJ pun , puas perah otak jugak kau tau ! Letih otak aku fikir jawapan . Hadoii , tapi haha bohong sangat lah kalau aku cakap aku tak tembak langsung jawapan PJ . Hello , boleh kata semua jawapan aku tembak tahu ! PJ aku tak baca langsung . Eh ? Dak dak , baca jugak . Tapi baca centu centu ja . Tadak la hafal satu satu perkataan dia . Agak aku dapat gred apa ha ? A , B , C , D or E ? OhMyGod ! >< Hari Rabu tu just exam PJ . So , nothing amazayn that happened on that day . I guess lah . I'm not sure actually . Hahaa , mintak mintak lah aku tak fail . Amin :D

Second day exam , Hari Khamis . Hmm , exam Pendidikan Seni 2 , Mathematic 1 & Mathematic 2 :) Hm , jujur aku cakap Pendidikan Seni aku boleh buat . Seronok gilaa , tak macam exam weh time paper seni . Berjalan merata , cakap sana sini , tanya orang tu tanya orang . Hahaa , andainya all exam macam . Indahnya dunia :) Math 1 , Alhamdulillah aku boleh jawab . Math 2 dak ! Teacher Ung Chai Pey , saya mintak maaf . Saya hentam saja :P Sorry noh teacher ? Saya tak suka math :D Eh , tapi tau kenapa Math 1 aku boleh jawab ? Hahaa , aku main tipu . Shhh ! Jangan bagitau kat orang lain . Sapa yang singgah blog ni ja tau , orang yang tak singgah taktau :) Malam khamis tu , masa aku tengah study math . Tiba tiba idea bodoh ni muncul . Hahaa , syaitan are everywhere :) Aku tulis cubes root , square root dalam kertas then bubuh dalam pencil box . Jahat dak ? Hahaha benda dah lepas , jangan diungkit :D

Hari ketiga ? Hahaa , jangan salah faham . Kami tak exam hari Jumaat or Sabtu nah ? Kami sambung exam hari Ahad :) 20 Mei 2012 aku menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Satu , Bahasa Melayu Kertas Dua & Sejarah :D Hahaha . Exam Sejarah aku tak tiru nah ! Aku jawab sendiri . Pikiaq sendiri , perah kepala hotak aku ni . BM 1 ? Aaaaa , buat sendiri jugak . Yalaa , nak salin jawapan apa ? Exam naik apa pon taktau . BM 2 ? Hahaaa , BM2 aku la yang paling last sekali siap . Ringkasan aku buat ala kadar ja , Karangan Berdasarkan Bahan Ransangan aku buat macam tu macam tu . Tak take serious pon , Novel pon aku buat hat mana aku rasa okay ja . Tapi Karangan Umum aku buat betui betui . Kat Karangan Umum tu aku ambik masa lama . Perah brain ni sampai kering kontang . Punya nak dapat markah . Hahaha , InshAllah dapat A :)

Hari Keempat . Hari Isnin . Exam Bahasa Inggeris 1 , Bahasa Inggeris 2 and Geografi :) Hahaa , best ! Eh dak , tak meniru nah . Cuma aku boleh jawab :) So aku seronok lah . Hahaaa :P BI 1 aku boleh jawab , BI 2 pon boleh jawab . Geografi ? Haaaaaa , taktau . Memang la aku boleh jawab , tapi style aku lah . Jawab main tembak pakai senapang gajah ja ha . Mana lah aku reti nak jawab serious serious ni kan . Aku jawab jawab , then tidoq . Perghhh ! Masuk alam maya memang best . Mimpi lah prince charming mai ambik kita kat rumah ka apa ka kan . Haha , pastu bila bangun murah happy . Cikgu mesti ingat kita boleh jawab soalan exam tuh . Okay , aku tau aku mengarud . Apa apa pun , aku harap aku lulus :) Amin .

Hari Kelima . Hari Selasa . Exam yang aku ambik ialah exam Sains 1 & Sains 2 . Okay ! Exam yang ni memang gila biadap aku buat . Mentang exam Sains kalini masuk Chapter 1 , 2 & 3 ja . Aku tulis kat kat kertas tentang mata , telinga , hidung , lidah and kulit . Boleh kata setiap Chapter aku buat . Then masukkan dalam pencil box . Tiruuu ja semua . Naseb aku baik , soalan yang naik memang ada jawapan dalam nota yang aku buat . Lepas dah jawab semua question , aku usha . Kawan kawan aku yang lain semua tak siap lagi . Yalaa , memang la tak siap lagi . Depa tengah pikiaq jawapan . Aku ? Tak pikiaq . Tulis ja . Aku tengok jam awal lagi . Aku tolak tepi kertas . Then aku tidoq . Hahaa , after exam Sains dah habeh , cikgu pon dah kutip kertas , Shalin & Nisha tanya aku senang ka exam Sains sbb aku siap awai . Aku senyum ja . Then aku jawab dengan selamber "Boleh lah . Tak susah tak senang . Kira aku bolehlah jawab" Dalam hati ini sebenarnya bersalah gila . Rasa macam nak teriyak ja . Tapi takpalah , benda dah jawab . Abaikan sajalah . Apa yang aku nak buat , tunggu result exam keluar nanti . Mintak mintak lulus kalau takdapat A pon . Amin :)

So , dah masuk hari keenam . Hari Rabu :) Aku ada exam Sivik and Pendidikan Islam ja :) Hahaha yang ni lawak . Majoriti satu kelas meniru okay . Exam Sivik ? Hahahaa , exam Sivik start lambat . Pukul 9.15 pagi baru start . So aku ada banyak masa untuk study . Daripada pukul 7.40 sampai pukul 9.15 lah :) Aku , Nisha & Haziqah macam biasa . Bukak operasi kedai kopi . Sembang tak berhenti . Hahaa , pastu aku saja la melawak . Aku kata kat depa dua ketui yang aku nak jawab exam sivik 15 minit ja . Then aku nak tidoq . Pastu cikgu masukk , macam biasa . Bangun bagi salam , simpan buku dalam beg , letak beg kat belakang & start exam . And guess what ? Aku memang jawab 15 minit ja ! Bangga weh bangga ! Hahaha , mana la aku tau benda tu nak jadi kenyataan sungguh kan :) Masa yang lebih tu aku tidoq lerr . Pastu time exam Pendidikan Islam . Hahahahaha ! Aku gelak tak habis lagi bila teringat aksi Shalin kena baling kertas . Hadoii , lawakkk ! Lebih kurang lagi 20 minit nak start exam Pendidikan Islam , semua orang pakai tekun dok hafal lah . Study la kononya --' Pastu kan , Shalin mai la duduk depan aku . Dia bukak buku rujukan , then dia salin dalam kertas . Pastu , aku tanya la nak tiru ka . Dia angguk . Pastu aku gelak lah . Aku bukak pencil box aku , aku suruh dia tengok ada apa kat dalam . Dia tengok ja , teruih dia tutup pen . Tak jadi nak salin . Tahu kenapa ? Sebab dalam pencil box aku tu ada 4 keping jawapan . Dia teruih suruh aku bagi kat dia time exam . Haha , liaa , bean , nisha , ainul , aleesha , haziqah , farina termasuk aku . Semua pakat tiru . Tanya soalan bukan takat dekat kawan sebelah , tapi kawan second last pon tanya jugak . Haha confirm ustazah bangga kalini ramai yang lulus kan ? Hahaha , mintak maaf ustazah :P Apa apa pun aku dah jawab dengan baik . InshAllah lulus :) Amin .

And hari terakhir yang dinanti nantikan oleh semua budak sekolah yang berada di Kedah , Kelantan , Terengganu dan negeri apa tah lagi satu . Hahahaa , hari khamis merupakan hari last exam SMK Sultanah Bahiyah :) Aku ada exam Kemahiran Hidup & Pendidikan Seni saja :) Well , KH aku study . KH aku tak tiru langsong . Aku jawab apa yang aku rasa betul :) Seni pun sama . Tapi seni kebanyakannya aku tembak . KH masa exam bulan dua aku dapat A , exam kalini taktau lah . Takdapat rasanya . Hadooii habeh lah kena cubit nanti dengan umi raza :( Hmm mintak maaf umi . Saya tak bagi apa yang umi nak . Berserah pada Allah :) Habeh ja exam seni , haziqah jerit merdeka . Hahaha , aku dengan lia conteng papan hitam . Party rocking lah apa kebenda semua ada . Lepas tu ada budaya tutup sekolah :( Hmm sedih pulak rasa tak jumpak kawan2 selama 2minggu u know ! Hadoii . Dah cuci kelas semua , everybody bersurai . Balikk (: Yahooooooo !!!!

Sekarang ni aku nak pi mandi . Hahaha , rumah aku penuh sekarang . Al-Maklumlah mama aku anak sulung . Aunty , Uncle , Cousin semua mai serbu rumah mama . Haihh penuh penuh . Tu baru sikit . Esok adik beradik from kelantan pulak nak mai . Ya Allah , full lah jawabnya . Dah la aku decorate bilik tak siap lagi . Hm harap depa tak sentuh la gambar JustinBieberMyKidrauhl aku noh . About destinasi aku nak pi bercuti tu nanti aku sambung dalam enti yang akan datang . So , enjoy your holiday every body ! GoodByee ! Assalamualaikum :)

BornFromHeart ,
SyasyaAzhari :)
"Exam is Over . Lets Party !" was Posted On: Thursday 24 May 2012 @22:01 | 0 lovely comments
 The moment you come...♥
Bismillahirahmanirahim

Hai ! Assalamualaikum readers :) Aku rasa ramai dah yang tau pasal benda ni kan ? Aku rasa sajalah . Aku tak sure pon . Nanan has gone . Faham dak apa ? Hahaa , Mohd Afnan Bin Mohd Zaini dah tiada . Haih ! Bukan mati lah , eh hmm ya la jugak . Nak kata mati pon boleh , tapi mati dalam hidup aku lah . Yes , mahligai cinta yang kami bina bersama tak kukuh . Hm :( Kontraktor tu bohong ! Dia guna simen murah masa buat , sebab tu runtuh cepat . Hahaa , tak lawak ka ? Alaa gelak la sikit . Sikit je . Pleaseeeeee ! Okay takmau gelak sudah . Huhh ! Eh jom sambung balik what happened . Its being a month three weeks kan aku tak sentuh gadget ? Hm so dalam masa tu lah hati Afnan ni beralih arah . Baru aku tahu kenapa dia change selama ni . Dia berubah sebab aku berubah . Okay salah aku . Tapi aku takcakap pun aku salah kan Afnan kan ? Haaa , aku ni baik okay ! Hihi perasan pulak :P Alahh bukannya selalu pun kan . So , berbalik pada tadi . Afnan aku dapat phone aku balik , dia okay ja . Perangai tak berubah langsung . Text , call cakap rindu apa benda semua . Okay takpa lah . Aku faham feeling dia on that time . Tapi after dia tau aku dah berubah selama aku takpakai gadget , terus dia malas nak layan aku . Seriously masa dia bagitau kenapa dia berubah , air mata ni laju je turun tanpa dijemput hadir . Hadoii penat kau tau asyik nangis siang malam . 

Dalam kepala hotak aku ni masih terbayang masa mula mula aku kenai dia dulu . Hahaha sumpah rindu :') Tapi orang dah taknak dekat kita , kita harus lepaskan dia no matter what . Bila aku pi esso yang berhadapan dengan sekolah aku ja , serious mata aku berair and dalam hati "aku rindu dia . this is the place where i get my first magnum from him . subhanallah . aku rindu dia" rindu everything about him . Ish kalau lalu kat mana mana ja nampak orang lelaki naik moto pon aku dah rindu dia even yang atas moto tu bukan dia and tadak persamaan langsung dengan dia -.- Tapi Afnan kan naik moto . Hm :( Rindunya saat bersama dia . Aku rindu nak perbetulkan broken english dia . Haihh awatlah dia mai then dia blah macam tu ja from hidup aku ? Takpayah wujud kan senang . Habih cerita . First first baca mesej dia mintak break tu kan , aku tak kata apa . Dah lah tengah dok makan nasik , masuk mesej tekan read , tengok2 dia mintak break . Haa sudahh . Tersedak dan dan . Tapi aku tak menangis . Aku reply okay . Malam tu lepas mandi , bukak almari nak cari baju , bear yang dia bagi kat aku jatuh . Aku cepat cepat pakai baju , bubuh bedak 10 kampit then terus ambik bear tu then peluk kuat kuat . Apa lagi air banjir sempadan siam masuk tanpa passport lah weh . 

Harini tiga hari aku dah tak jadi special dia . Wohoo , Alhamdulillah aku takdak buat kerja gila lagi setakat ni . Kemarin masa kemas beg untuk sekolah esok , tengah cari buku Pendidikan Islam , tiba tiba ada dua keping kertas terselit tengah tengah buku Pendidikan Islam . Aku bukak kertas tu , dua minit lepas usha lukisan kat gambar tu terus aku menangis . Hahaa , actually kat kertas tu ada lukisan orang lidi . Lelaki melutut sambil pegang hati bagi dekat seorang perempuan . Aku lah yang lukis . Macam lah aku lukis . Haha , gila ! Jujur cakap , 10 minit lepas aku break dengan dia , aku delete semua mesej dia . Aku dah malas nak tengok nama dia kat phone aku . Maaf Afnan , Scha dah mula ada perasaan yang tak sepatutnya kat Afnan . Harap Afnan faham okay ? Scha minta maaf . Tapi itu semua normal bagi Scha . Benda dah selalu berlaku . Sorry okay ? Scha tak berniat pun . Tapi perasaan tu datang sendiri . Maafkan Scha .

Ingat lagi masa first date aku dengan dia dekat TamanRimba . Hahaa lawakk . Tapi semua dah berlalu . Masa nak pi taman rimba , cehh dengan lajunya aku kayuh fixie , bila sampai dekat railway , papp terus berhenti . Why ? Cause i saw him ! Aku takkan pi jumpa dia dengan fixie buruk aku nih . So aku patah balik pi rumah , aku simpan fixie , then aku aku jalan pi taman rimba . Gila dak ? --' Whatever lah . Sampai ja dekat TamanRimba , aku nampak Syamek . Then baru nampak dia . Masa tu Allah saja yang tau apa yang aku rasa . Hati ni berbunga tahik ayam kau tahu ! Tapi sekarang kenangan saja , kalau pi ride area situ ja mesti teringat our first date . Afnan , Scha tak bermaksud nak mengungkit kisah silam , tapi harap Afnan dapat rasa jugak apa yang hati Scha rasa sekarang . Everybody know , bukan mudah kita nak lepaskan , lupakan orang yang kita sayang sangat . Bagi Scha , Scha sayang Afnan . Sbb tu Scha masih belum boleh lupakan Afnan . Tapi pada Afnan , Scha ni hanya barang lama yang dibuang dia tempat longgokan sampah kan ? I knew it , Afnan.

Actually , now aku tengah menangis . And , tengah hug teddy bear tu . Hmm rindunya dekat dia . Bohong lah kalau aku dah jumpa pengganti dia . Nasi dah jadi bubur , hubungan aku dengan tak mungkin akan bersatu lagi dah . Confirm ! Aku dah takmau kat dia . Scha minta maaf Afnan ! Hahh ! Lupa nak story , petang kemarin , aku pi la kedai runcit dekat area rumah aku dengan mama aku . Masa dalam kereta , tengah on the way nak ke kedai tu , dalam hati ni dah bersedihh . Teringin masa lampau . Kedai runcit tu aku pernah pi dengan dia . Okay sedih sangat . Sampai dekat kedai tu , jejak ka kaki kat situ . OhMyAllah ! Guess what ?! Yes , that's true ! Afnan ada dekat counter kedai tuh . Ya Allah , dalam hati masa tu nak ja lari pi peluk dia .Tapi what can I do ? Dia bukan milik aku lagi kan . Aku tengok dia , dia tengok aku . Dia macam nak senyum tak senyum , aku jeling ja ! Sumpah aku meluat ! Benci dalam hati ni bila teringin apa dia kata kat aku sebelum kami break . Dia hina aku ! Allahuakhbar ! Apa boleh buat , orang dah tak sayang kita . Dia buat ja ikot sedap hati dia kan . Serious kemarin dekat kedai aku buat tak kenai langsung dengan dia . Buat macam hang sapa weh ? Aku kenai hang ha ? Hahaa , lebih kurang lah . Biaq lah . Benda lama usah dikenangkan lagi . Apa apa pun , aku nak lupakan dia ! Tapi sekarang dah tadak dah orang nak bertengkar dengan aku pasai Justin Bieber , Izara Aishah . Nak buat macam mana jodoh tak panjang kan ? Teringat time makan KFC dengan dia . Hahaa , macam apa lagi masa tuh . Tambah tambah time dia ngorat budak sekolah aku , aku boleh blah tinggai dia macam tuh ja . Macam bodoh pon ada . Tapi sekarang semuanya kenangan :) Tutup laptop lama , bukak laptop baru . Yeah ! Common Syasya ! You can do it . Banyak lagi serangga lain pada kumbang kat luaq sana nuh kan ? Dont be stupid . Assalamualaikum :)
"The moment you come...♥" was Posted On: Wednesday 23 May 2012 @05:21 | 0 lovely comments
 I'm Back ! :)
Assalamualaikum and Happy Friday everyone :) Hohoo rindu dak kat aku ? Kalau yang rindu tu terima kasih ya , kalau yang tak berapa nak rindu tu aku hargai bagi yang tak rindu langsung tu aku tak peduli :) So , dah klise dah dekat dekat nak cuti ada exam kan ? Banyak sekolah macam tuh . Sekarang ni kat facebook & twitter dah bernanah bijik mata baca status or tweet yang ada ayat baca buku , study and others . Apa yang aku nak bagitau kat sini ialah aku dah kembali :) Syasya yang dulu tu dah mai balik . Hahaaa , a month and 3 weeks aku mendiamkan diri , menyendiri , buat hal sendiri . Tak sibuk pasai dunia hot ka tak hot ka cool ka warm ka apa ka . Aku just bangun pagi pi sekolah belajar then balik . Aku takpakai phone , deactived facebook , tak on twitter , tak on blog selama sebulan tiga minggu :) Alhamdulillah bertahan . Hahahaa , berjaya melawan nafsu . Aku takkan bagitau kenapa aku tinggalkan all social network ni , for those yang tau tu , tau lah nah :) Ada jugak yang tanya aku dengan Mr.Right aku macam mana kan ? Alhamdulillah kami bahagia . Tapi dah tak serasi macam dulu :( Hm bergadoh ja memanjang . Skrang ni aku tak paham dia , dia takpaham aku . Dulu kalau aku merajuk , word sorry from dia tu beribu dalam phone . But now , kalau aku merajuk , hm dia buat taktau ja . Sedih sangat . Dulu aku jarang menangis pasai dia , sebab bagi aku dia perfect , boleh jaga hati aku . But now hmm :( Everynight mata aku akan dibanjiri air laut yang berlebihan dari sempadan siam :'( Dia lani macam tak boleh sabar , dulu kalau aku lambat reply text dia , k dia paham aku busy . Tapi sekarang kalau aku reply lambat ja , mulalah call tanya pasepa apa semua lepas tu tuduh aku macam macam . Ada orang lain lah apa lah . Hish ! Tension . Aku takmau break dengan dia ! Aku takmau ! Kalau boleh takmau cakap langsong pasai break dengan dia , tapi dia dah cakap dulu . Sedih tak terhingga .
Syasya : Haii awakk . Nak tanya :)
Afnan : Haa apadia ?
Syasya : Janji jangan bohong tau ? Jujur nah
Afnan : Okeh
Syasya : Awak curang dengan saya ?
Afnan : Dakpun . Serious dak .
Syasya : Oh , kenapa tak curang?
Afnan : Awat ni ? Nak break ka ?
Well , mana menangeh pun baca text dia yang tu :( Hmm . Tiga bulan lapan belas hari kami ber-ehem ehem :') Ni first time dia cakap pasai break . No ! PLEASE ! Takmau break :( Berharap sangat sangat tak break . Lama dah aku takjumpak dia . Hmm last jumpa pun bulan April . Dia naik moto dengan kawan dia lalu depan sekolah aku . Aku nampak dia , dia nampak aku tapi tak bertegur sapa . Sedih kan ? Asam garam orang bercinta , biasa lah tuh kan . Aku memang baru kenal dia berbanding member aku yang lain . I mean Nisha & Aleen lah . Depa lebih kenal siapa Afnan . Tapi even aku baru kenal dia , aku ni girlfriend dia , aku boleh rasa dia berubah perangai ka dak . Serious ni ! Hm mungkin dia tunggu masa aku minta break kan ? No ! Aku takkan mintak break . Aku nak buat senyap ja . Kalau dia nak minta break , terpulang kat dia . Tapi jujur aku cakap , aku akan menangis setiap malam sampai la aku someone special mai persabarkan aku . Maksud aku bukan pengganti , tapi macam the best besties ka , mama aku ka , baba aku ka . Haa orang orang macam tu lah . Actually aku tengah mesej dengan dia sekarang , aku bagitau yang aku sayang dia , you know what ?! Dia reply hanya satu word which is "okay" . Fine , aku mengaku aku tengah menangis sekarang . Hm awat dia jadi macam ni . Mana afnan yang dulu ? Rindu nak jalan tepi selut dengan dia , rindu nak pi jogging dengan dia , rindu nak makan magnum dengan dia , rindu nak makan KFC dgn dia , rindu nak naik turun tangga stadium dengan dia , aku rindu segalanya yang aku buat dengan dia . Dia mungkin tak curang dengan aku , luaran memang dia setia , tapi hati dia . Aku yakin tapi tak berapa nak yakin sangat lah yang dia dah berubah hati . Mungkin ada orang lain yang lebih baik , segak , beriman , lemah lembut dari aku . Maybe kawan sekolah dia , maybe jugak jiran dia or maybe jiran rumah mak dia kat Sungai Petani kan ? Tension ! Ayaq mata terjun laju haihh , kalah waterpark ni . Hahahaa :P Kalau lah ayaq mata jatuh setitik kena bayaq , jenuh kempis duit aku sepanjang masa kan ? Apa apa pun aku berharap sangat yang dia jadi Afnan yang dulu balik . Awakk , saya sayang awak sangat sangat ! I love you until my last breath , sayang :( Assalamualaikum.
"I'm Back ! :)" was Posted On: Thursday 17 May 2012 @20:37 | 0 lovely comments

« Older posts | Newer posts»

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ