f The Site Of Love
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 As Long As You Love Me ♥
Assalamualaikum . Awak ? Hai Awak . Awak apa khabar ? Sihat ? Kalau sihat , alhamdulillah . Kalau awak sakit , rehat la okay ? Awak , awak jangan cakap apa apa lagi sekarang . Now , awak just baca saja . Dari awal sampai habis . Itu saja . Okay . Saya cuma nak nak bagitau yang saya sayangkan awak sangat sangat . Saya bersyukur sangat awak cari saya balik :') Memang tu yang saya harapkan dari awak . Tau kenapa ? Awak ingat lagi tahun lepas ? Saya harap awak tak lupa . Masa tu kita hampir putus . Awak text saya , awak tulis "You , I janji . Satu hari nanti , I akan datang cari you balik" Awak ingat tak ayat tu ? Entahlah , mungkin awak ingat . Mungkin awak lupa . Hak awak yang itu . Saya tak nak sentuh tentang tu . Jujur saya cakap , saya bahagia dengan awak . Tapi itu tahun lepas . Awak faham maksud saya ? Saya senyum sorang sorang bila ingat balik macam mana saya boleh kenal dengan awak . Haha , masa tu tak silap saya awak bergaduh dengan salah sorang senior saya . Anis Mine kot tak silap saya . Awak gaduh dengan Anis tu sebab Anis tu bergaduh dengan kawan baik awak , Hanif . Kan ? Rasanya lah . Anis tu baik dengan saya . Dia story from A - Z dekat saya tentang awak , Hanif & Dia . Apa yang mampu saya buat hanyalah sokong senior saya lah . Awak masih ingat tarikh kita kenal ? Haha , tarikh masihi saya tak ingat . Tapi tarikh arab saya ingat . 1 Muharram :D Time tuh pukul 2-3 pagi sebab saya tak tidor nak tunggu sahur . So saya online facebook . Tiba tiba ja awak tegur . Saya pun layan jelah sebab awak kawan senior saya . Lainlah saya tak kenal asal usul awak siapa . Chatting punya chatting , hati saya terdetik . Awak funny sangat masa tuh . Tak silap saya , masa tu tengah gila icon smiley la apa benda semua dekat Chatting Box Facebook tu kan ? Awak suka bagi icon ikan jerung . Katanya awak nak makan hati saya , lepas tu taknak luah balik . Saya dah start sayang awak masa tuh . Masa tuh Profile Picture awak gambar awak lah , tengok tepi pakai baju warna biru , duduk atas kerusi :D Lepas tuh kan , disebabkan saya suka awak . Suka sangat sangat dekat awak , masa hari raya yang ke sembilan , mama saya ada buat makan makan . Lebih kepada open house lah . Awak dengan kawan awak , Hanif tu mai . Masa saya tengok muka awak , dup dap dup dap hati saya ni awak tau . Bukan takat berbunga , dah tumbuh pokok siap ada baja sekali . Awak datang , makan then balik . Rasa macam alahh , kenapa awal sangat nak balik . Awak kata awak ada kerja . Tapi saya rasa awak malu sebab takdak kawan nak bersembang . Kan ? Entah , saya pun taktau kenapa :D Tak silap saya 12 Haribulan , tapi tak ingat bulan apa kita couple :D Kan ? Masa tu saya bahagia sangat dengan awak . Hidup masa tu rasa macam tak pernah sedih . Senyum tiap tiap hari . Tup tup , genap dua minggu kita couple , ada sorang kawan awak dalam facebook muncul dalam life kita . Ya Allah , apa yang saya buat masa tuh ? Keep crying and crying and crying . Mana tak nangis , cakap saya yang jujur ni awak taknak percaya . Cakap kawan awak yang tipu tu lah awak nak percaya . Sedih la sangat -.- Hm Saddam Seven , aku benci hang selamanya ! Haa , Saddam Seven la punca kenapa kita putus . Tapi tak jugak , dah jodoh Allah kan ? Takdir Allah , kita tak bersama . Saya kena terima . Malam kita nak break tu , awak ada call saya . Awak tanya saya , kenapa saya buat macam tuh dekat awak . Bila saya jujur , awak kata saya tipu  bila saya tipu , awak minta saya untuk jujur . Saya pening dengan awak . Lepas ja kita break , langsong saya tak contact awak . Hujung tahun , saya ada text awak sebab saya rindu . Awak reply :) Bahagia hati ni . Kita text macam tak ada masalah pon sebelum ni . One day , saya kat sekolah . Saya tinggal kelas , saya merayau sampai ke makmal komputer . Then tiba tiba saya dengar someone scream loudly . Saya cari suara tuh . And yeah , saya jumpa . Suara tu datang dari court kawad . Awak , Adib , Hanif , Nabil ponteng sekolah . Awak datang bahiyah , kacau budak budak sini kan ? Jujur saya jealous masa tuh . Nasib baik lah , awek yang awak kacau tuh saya . Kalau orang lain , menangis meraung saya dibuatnya . Tapi yelah , masa tuh kita dah takdak apa apa lagi . Itulah kali terakhir saya jumpa awak . Lanjut hingga la ke tahun ni , 2012 . Macam biasa , kita texting , chatting apa benda semua tuh . Then Allah dah pertemukan kita semua masa Sukan MSSD kat Stadium Darul Aman . Tapi sayangnya masa tuh hati saya milik orang lain . Kita kawan , sembang , lepak sekali semua . Masa tuh saya masuk acara lontar peluru , awak bagi semangat dekat saya . Hihi kembang saya masa tuh tau ! Lepas pada tuh , kita dah jarang contact . Tegur pun kadang kadang . Ada time conversation kita tergantung . Akhirnya , pada tarikh 11 Jun 2012 , dengan tiba tibanya awak muncul text saya . Awak cakap awak rindu saya , awak cakap saya curi hati awak . Awak sweet sangat . 12 Jun 2012 , cinta 2011 berputik kembali . Ya Allah , tersangatlah bahagia saya :') Saya dah tau , awak mesti akan buat benda yang awak dah cakap :'D Hari pertama kita couple , everthing okay . Nothing kecoh . Hari kedua , dah mula salahkan diri . Hari ketiga , semuanya okay balik . Hinggalah hari ketujuh . Kita kerap bergaduh . Awak salahkan saya , saya salahkan awak . Ego kita sangat tinggi . Saya taknak kalah , awak pun taknak kalah . Saya cuba untuk ber-sweet dengan awak macam tahun lepas , tapi awak dah lain sangat . Entah kenapa . Text saya awak reply bodoh bodoh . Call saya awak tak pernah jawab . Tweet saya awak jangan cakaplah , reply terpaksa sebab nak jaga perasaan saya kan ? I knew it , awak :') Saya cuba taknak berfikiran negatif pada awak . Saya cuba taknak tuduh awak curang , tapi takboleh . Sebelum tu saya minta maaf sebab stalk twitter awak tanpa kebenaran awak .Sedih sangat masa awak tukar info bio twitter awak . Awak buat saya macam patung , macam bukan kekasih hati awak . Saya teringin nak sweet dengan awak macam couple lain . Tapi bukan nasib saya nak dapat boyfriend yang jenis sweet kan ? Saya baca tweet awak . Sebak hati ni awak tau . Boleh kata kebanyakan tweet awak pasal perempuan lain . Awak curang dengan saya kan ? Saya tahu . Lebih baik awak mengaku ja walaupun hati ni akan lagi luka . Saya tak marah awak , awak berhak nak bercinta 1000 orang dalam satu masa sekali pun , tapi tolong tinggalkan saya . Saya tak kuat nak hadapi dugaan yang berat ni sorang-sorang awak . Saya tau awak tension dengan saya . Saya nangis baca text awak tentang saya menyebabkan awak tension . Awak tahu , saya lagi tension ! Saya rindu awak , saya nak jumpa awak . Tapi saya taksuka awak balik masa hari cuti , sebab automatically malam awak akan main futsal dari pukl 9 sampai lewat malam . Masa untuk saya takdak awak tau ! Siang awak tidor sebab penat main futsal malam malam . Saya lebih rela awak duduk asrama takpayah balik ! Secara automatic , everynight awak akan mesej dengan saya . Awak jangan ingat awak ja berkuasa , ada perasaan . Saya pun ada perasaan jugak . Se-tension tension awak , tension lagi saya tau ! Tolonglah awak faham perasaan saya sama . Awak ingat tahun lepas ? Masa tuh awak bercuti , awak ke langkawi . Tiap malam awak telefon saya . Kita sembang berjam jam . Seminggu lepas tuh , awak bagi saya baju I <3 Langkawi . Ingat dak ? Awak ambik size yang betul betul muat dengan saya . Terima kasih awak ! Saya sayang awak :') Saya harap awak pun sayangkan saya sebanyak mana saya sayangkan awak , Anis Muzaffar <3

                                                                                                                        BornFromHeartWithLove,
                                                                                                                                                        Scha.
"As Long As You Love Me ♥" was Posted On: Monday, 25 June 2012 @04:45 | 0 lovely comments

« Older posts | Newer posts»

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ