f The Site Of Love
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 Exam is Over . Lets Party !
Put your hands up ! Put your hands up ! Put put put put your hands up ! Hahaha , lagu Hands Up - 2PM memang feeling gila habeh la time time macam ni ! Fuhh , aku bebas sekarang ! Tapi , sekarang ni dah tak best balik . Sebab berakhirnya exam , maka aku kena duduk sebelah Anizah balik :( Aku takmau ! Dia cakap banyak . Pot pet pot pet non stop ! Benci betul ! Tapi hm dia cerdik pada aku . Ada baiknya dia duduk sebelah aku . Haih entahlah . Malas nak fikir pasal tu sekarang . Now , aku nak enjoy ! Nak aku story masa exam dulu or nak aku story destinasi aku nak pi masa cuti ? Dua dua takmau ? Tekan ja CTRL+W , habeh cerita okay ? Haha , takpalah . Let me start with what happened during my midyear exam :) Bismillahirahmanirahim !

Sekolah aku start exam dari hari rabu lagi . Ha'ah , on the same day dengan Hari Guru tuh lah . Tapi nasib baik PJ ja . Hm PJ pun , puas perah otak jugak kau tau ! Letih otak aku fikir jawapan . Hadoii , tapi haha bohong sangat lah kalau aku cakap aku tak tembak langsung jawapan PJ . Hello , boleh kata semua jawapan aku tembak tahu ! PJ aku tak baca langsung . Eh ? Dak dak , baca jugak . Tapi baca centu centu ja . Tadak la hafal satu satu perkataan dia . Agak aku dapat gred apa ha ? A , B , C , D or E ? OhMyGod ! >< Hari Rabu tu just exam PJ . So , nothing amazayn that happened on that day . I guess lah . I'm not sure actually . Hahaa , mintak mintak lah aku tak fail . Amin :D

Second day exam , Hari Khamis . Hmm , exam Pendidikan Seni 2 , Mathematic 1 & Mathematic 2 :) Hm , jujur aku cakap Pendidikan Seni aku boleh buat . Seronok gilaa , tak macam exam weh time paper seni . Berjalan merata , cakap sana sini , tanya orang tu tanya orang . Hahaa , andainya all exam macam . Indahnya dunia :) Math 1 , Alhamdulillah aku boleh jawab . Math 2 dak ! Teacher Ung Chai Pey , saya mintak maaf . Saya hentam saja :P Sorry noh teacher ? Saya tak suka math :D Eh , tapi tau kenapa Math 1 aku boleh jawab ? Hahaa , aku main tipu . Shhh ! Jangan bagitau kat orang lain . Sapa yang singgah blog ni ja tau , orang yang tak singgah taktau :) Malam khamis tu , masa aku tengah study math . Tiba tiba idea bodoh ni muncul . Hahaa , syaitan are everywhere :) Aku tulis cubes root , square root dalam kertas then bubuh dalam pencil box . Jahat dak ? Hahaha benda dah lepas , jangan diungkit :D

Hari ketiga ? Hahaa , jangan salah faham . Kami tak exam hari Jumaat or Sabtu nah ? Kami sambung exam hari Ahad :) 20 Mei 2012 aku menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Satu , Bahasa Melayu Kertas Dua & Sejarah :D Hahaha . Exam Sejarah aku tak tiru nah ! Aku jawab sendiri . Pikiaq sendiri , perah kepala hotak aku ni . BM 1 ? Aaaaa , buat sendiri jugak . Yalaa , nak salin jawapan apa ? Exam naik apa pon taktau . BM 2 ? Hahaaa , BM2 aku la yang paling last sekali siap . Ringkasan aku buat ala kadar ja , Karangan Berdasarkan Bahan Ransangan aku buat macam tu macam tu . Tak take serious pon , Novel pon aku buat hat mana aku rasa okay ja . Tapi Karangan Umum aku buat betui betui . Kat Karangan Umum tu aku ambik masa lama . Perah brain ni sampai kering kontang . Punya nak dapat markah . Hahaha , InshAllah dapat A :)

Hari Keempat . Hari Isnin . Exam Bahasa Inggeris 1 , Bahasa Inggeris 2 and Geografi :) Hahaa , best ! Eh dak , tak meniru nah . Cuma aku boleh jawab :) So aku seronok lah . Hahaaa :P BI 1 aku boleh jawab , BI 2 pon boleh jawab . Geografi ? Haaaaaa , taktau . Memang la aku boleh jawab , tapi style aku lah . Jawab main tembak pakai senapang gajah ja ha . Mana lah aku reti nak jawab serious serious ni kan . Aku jawab jawab , then tidoq . Perghhh ! Masuk alam maya memang best . Mimpi lah prince charming mai ambik kita kat rumah ka apa ka kan . Haha , pastu bila bangun murah happy . Cikgu mesti ingat kita boleh jawab soalan exam tuh . Okay , aku tau aku mengarud . Apa apa pun , aku harap aku lulus :) Amin .

Hari Kelima . Hari Selasa . Exam yang aku ambik ialah exam Sains 1 & Sains 2 . Okay ! Exam yang ni memang gila biadap aku buat . Mentang exam Sains kalini masuk Chapter 1 , 2 & 3 ja . Aku tulis kat kat kertas tentang mata , telinga , hidung , lidah and kulit . Boleh kata setiap Chapter aku buat . Then masukkan dalam pencil box . Tiruuu ja semua . Naseb aku baik , soalan yang naik memang ada jawapan dalam nota yang aku buat . Lepas dah jawab semua question , aku usha . Kawan kawan aku yang lain semua tak siap lagi . Yalaa , memang la tak siap lagi . Depa tengah pikiaq jawapan . Aku ? Tak pikiaq . Tulis ja . Aku tengok jam awal lagi . Aku tolak tepi kertas . Then aku tidoq . Hahaa , after exam Sains dah habeh , cikgu pon dah kutip kertas , Shalin & Nisha tanya aku senang ka exam Sains sbb aku siap awai . Aku senyum ja . Then aku jawab dengan selamber "Boleh lah . Tak susah tak senang . Kira aku bolehlah jawab" Dalam hati ini sebenarnya bersalah gila . Rasa macam nak teriyak ja . Tapi takpalah , benda dah jawab . Abaikan sajalah . Apa yang aku nak buat , tunggu result exam keluar nanti . Mintak mintak lulus kalau takdapat A pon . Amin :)

So , dah masuk hari keenam . Hari Rabu :) Aku ada exam Sivik and Pendidikan Islam ja :) Hahaha yang ni lawak . Majoriti satu kelas meniru okay . Exam Sivik ? Hahahaa , exam Sivik start lambat . Pukul 9.15 pagi baru start . So aku ada banyak masa untuk study . Daripada pukul 7.40 sampai pukul 9.15 lah :) Aku , Nisha & Haziqah macam biasa . Bukak operasi kedai kopi . Sembang tak berhenti . Hahaa , pastu aku saja la melawak . Aku kata kat depa dua ketui yang aku nak jawab exam sivik 15 minit ja . Then aku nak tidoq . Pastu cikgu masukk , macam biasa . Bangun bagi salam , simpan buku dalam beg , letak beg kat belakang & start exam . And guess what ? Aku memang jawab 15 minit ja ! Bangga weh bangga ! Hahaha , mana la aku tau benda tu nak jadi kenyataan sungguh kan :) Masa yang lebih tu aku tidoq lerr . Pastu time exam Pendidikan Islam . Hahahahaha ! Aku gelak tak habis lagi bila teringat aksi Shalin kena baling kertas . Hadoii , lawakkk ! Lebih kurang lagi 20 minit nak start exam Pendidikan Islam , semua orang pakai tekun dok hafal lah . Study la kononya --' Pastu kan , Shalin mai la duduk depan aku . Dia bukak buku rujukan , then dia salin dalam kertas . Pastu , aku tanya la nak tiru ka . Dia angguk . Pastu aku gelak lah . Aku bukak pencil box aku , aku suruh dia tengok ada apa kat dalam . Dia tengok ja , teruih dia tutup pen . Tak jadi nak salin . Tahu kenapa ? Sebab dalam pencil box aku tu ada 4 keping jawapan . Dia teruih suruh aku bagi kat dia time exam . Haha , liaa , bean , nisha , ainul , aleesha , haziqah , farina termasuk aku . Semua pakat tiru . Tanya soalan bukan takat dekat kawan sebelah , tapi kawan second last pon tanya jugak . Haha confirm ustazah bangga kalini ramai yang lulus kan ? Hahaha , mintak maaf ustazah :P Apa apa pun aku dah jawab dengan baik . InshAllah lulus :) Amin .

And hari terakhir yang dinanti nantikan oleh semua budak sekolah yang berada di Kedah , Kelantan , Terengganu dan negeri apa tah lagi satu . Hahahaa , hari khamis merupakan hari last exam SMK Sultanah Bahiyah :) Aku ada exam Kemahiran Hidup & Pendidikan Seni saja :) Well , KH aku study . KH aku tak tiru langsong . Aku jawab apa yang aku rasa betul :) Seni pun sama . Tapi seni kebanyakannya aku tembak . KH masa exam bulan dua aku dapat A , exam kalini taktau lah . Takdapat rasanya . Hadooii habeh lah kena cubit nanti dengan umi raza :( Hmm mintak maaf umi . Saya tak bagi apa yang umi nak . Berserah pada Allah :) Habeh ja exam seni , haziqah jerit merdeka . Hahaha , aku dengan lia conteng papan hitam . Party rocking lah apa kebenda semua ada . Lepas tu ada budaya tutup sekolah :( Hmm sedih pulak rasa tak jumpak kawan2 selama 2minggu u know ! Hadoii . Dah cuci kelas semua , everybody bersurai . Balikk (: Yahooooooo !!!!

Sekarang ni aku nak pi mandi . Hahaha , rumah aku penuh sekarang . Al-Maklumlah mama aku anak sulung . Aunty , Uncle , Cousin semua mai serbu rumah mama . Haihh penuh penuh . Tu baru sikit . Esok adik beradik from kelantan pulak nak mai . Ya Allah , full lah jawabnya . Dah la aku decorate bilik tak siap lagi . Hm harap depa tak sentuh la gambar JustinBieberMyKidrauhl aku noh . About destinasi aku nak pi bercuti tu nanti aku sambung dalam enti yang akan datang . So , enjoy your holiday every body ! GoodByee ! Assalamualaikum :)

BornFromHeart ,
SyasyaAzhari :)
"Exam is Over . Lets Party !" was Posted On: Thursday, 24 May 2012 @22:01 | 0 lovely comments

« Older posts | Newer posts»

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ